sumpah kita

sumpah kita

Monday, October 25, 2010

KONSI GELAP MELAYU




     Kisahnya bermula dengan kejayaan PAK LONG BURUNG beroleh hak ataupun 'lesen' bagi memperkenalkan/mengiktiraf kehadiran bangsa melayu dalam penglibatan aktiviti kongsi gelap di Malaysia.


     Terkenal dengan kod '36',pergerakan 'merah' menyusup laju dalam keluarga-keluarga tentera fisabilillah.Dahulunya bertujuan untuk EKONOMI bangsa melayu,mengelak monopoli kaum CINA dalam penguasaan EKONOMI serta memastikan bangsa melayu sentiasa di hadapan dengan kemampuan dan kewujudan 'TENTERA FISABILILLAH' yang diiktiraf dalam 'GANG SOCIETY'.


     Namun,akibat kegagalan merungkai tujuan dan alasan pengiktirafan 'merah' dalam pergerakan-pergerakan 'putih', kebanyakan bala tentera di jalan Allah memerangi kehadiran 'merah' di dalam perjuangan yang berteraskan bai'ah fisabilillah.Akibatnya banyak berlaku peperangan di antara pergerakan yang berbeza fahaman.


     Kemunculan pergerakan 'tukul sama sabit' di dalam komuniti pejuang-pejuang di jalan Allah akhirnya menjadi 'senjata makan tuan' apabila kegagalan menzahirkan tujuan dan matlamat dalam kekuatan bangsa Melayu menjelma.Akibatnya, muncul ramai insan-insan yang menjunjung Al-Quran(BAI"AH) dengan mata hati yang buta.Tanpa kekuatan ,kematangan rohani, dan ilmu di dada tetapi di bekalkan dengan keangkuhan,kejahilan,visi dan misi pergerakan yang terpesong yang diterapkan oleh 'ABG' mengakibatkan keruntuhan dan kepesongan cara pembawakan oleh ahli.


     Masyarakat tidak boleh dipersalahkan dalam menyuarakan persepsi negatif pada pergerakan 'TENTERA FISABILILLAH' apabila kelalaian dalam menapis ahli yang mengakibatkan kemunculan ahli-ahli yang menjunjung dan membawa pergerakan dalam bentuk 'MAFIA' ataupun 'GANG'. Fenomena ini berlaku hampir di semua pelusuk tanah air. Dalam setiap kelahiran 10 pejuang FISABILILLAH, muncul 7 hingga 8 individu yang terpesong matlamat dan cara pembawakan yang mengakibatkan kebencian di kalangan masyarakat. Pergaduhan di kalangan ahli berlaku di mana sahaja. Mereka seakan-akan terlupa pada sumpah yang dilafazkan yang mana mengurniakan/melahirkan hubungan kekeluargaan di kalangan ahli (adik-beradik)


     Keadaan penuh kekesalan ini sentiasa berlaku dan berlaku. Pergerakan 'putih' tidak lagi sejernih dahulu. Kuantiti menjadi prioriti sesetengah family, kualiti diabaikan. Akibatnya, hilanglah nilai-nilai perjuangan berlandaskan Syariat yang dilaung-laungkan AYAH dahulu kala. Berdasarkan pengalaman dan kajian, fenomena yang semakin parah ini boleh disimpulkan berpunca daripada perlumbaan mengejar kedudukan beserta wang ringgit.


     Disini wujud banyak persoalan yang kadang kala melemahkan semangat bersatu,taat,setia andai pemikiran masih membenarkan kebatilan. Kadang kala terfikir mengapa bai'ah perlu diletakkan harga? Berbeza pula harganya mengikut family... Putih dahulu....3 ringgit cukup untuk satu majlis bai'ah bagi seorang ahli. Masing-masing 1 ringgit untuk Ayah, untuk Abg Long dan Abg Bawak (seseorang yang memperkenalakan/rekrut ahli baru). Tetapi kini wujud harga untuk menjadi ahli.RM230, RM180, RM60...Di mana keikhlasan dalam mengiktiraf dan membenarkan anak melayu menjunjung kitab suci Al-Quran seterusnya melaksanakan ikrar terhadap pengorbanan pada Agama dan Bangsa kita? Ironinya, 'Abg-Abg' melarang keras ahli-ahli baru dari mempersoalkan 'harga bai'ah'.


     Disebalik kecelaruan ibarat tsunami yang melanda perjuangan KITA, namun masih wujud suasana perjuangan yang kekal di landasan. Alhamdulilah, negeri pengasas kepada kewujudan pergerakan jihad ini masih menjaga kesucian warna 'putih' disebalik gelora 'merah' yang hilang matlamat originalnya untuk dilaksanakan ahli. Di Kedah, kebanyakan pergerakan amat mementingkan kualiti dari kuantiti. Contohnya seorang ahli perlu mendapat persetujuan dari 3 'Abang' sebelum dibenarkan untuk direkrut(menyusu) yang kadang kala mencecah 6 bulan hingga 1 tahun untuk memastikan kualiti yang dihasilkan sebelum menjunjung kitab suci Al-Quran.


     Pendapat yang diutarakan di atas adalah berdasarkan pengalaman dan pemikiran selama mengabdikan diri dalam perjuangan ynag berteraskan jihad fisabilillah. Bermula dengan pembawakan yang menjadikan Dewa Guan Yuu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola, Alhamdulillah akhirnya Allah menunjukkan jalan yang sepatutnya ku laui, ku perjuangkan. Semoga Allah mengurniakan sinar kebenaran terhadap tentera-tentera Sabilullah agar perjuangan yang sudah lama sirna kembali mewarnai pergerakan-pergerakan kumpulan tulang belakang BANGSA MELAYU


2 comments:

  1. Salam bro,

    Tau x psl sejarah Kumpulan Selempang Merah kt Batu Pahat? Tu kira underground yg mcm mana?

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Berikut adalah link kepada serba sedikit tentang kumpulan underground paling best kat Malaysia...

    http://freebooterrambo.blogspot.com/2011/01/legasi-kumpulan-selempang-merah-di.html

    ReplyDelete